Skip to main content
Berita TempatanPutrajayaWilayah Persekutuan

Penduduk Presint 16 Dapat Kit Denggi

By 7 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Saharuddin Othman / Azri Zainal Abidin

PUTRAJAYA, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Sejumlah  60 unit Kit Rumah Perlindungan Lengkap Denggi diedarkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan kepada penduduk Sub Zon J, Presint 16 Putrajaya, hari ini.

Langkah diambil berikutan kebimbangan peningkatan kes demam denggi di kawasan Putrajaya.

Pengerusi Komuniti 1Malaysia (K1M) Presint 16 Putrajaya yang juga Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon J, Putrajaya, Mahmud Jamaludin berkata inisiatif pihak kementerian bersama agensi berkaitan adalah bagi memastikan komuniti Putrajaya tidak terkesan serius dengan demam denggi, terutama berikutan cuaca panas melampau yang dihadapi baru-baru ini.

 

20160507023114 (1)

 

“Penduduk perlu menggunakan kit denggi dengan sebaik mungkin kerana denggi bukan isu biasa, malah boleh menyebabkan kematian. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan, Perbadanan Putrajaya dan Jabatan serta Agensi yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan kami warga Putrajaya,” kata beliau ketika ditemui semasa sesi penyerahan Kit Rumah kepada penduduk terbabit.

Dalam pada itu, penduduk yang ditemui semasa penyampaian Kit Rumah di Presint 16 mengharapkan agar program sebegini diadakan setiap tahun kerana ia dapat memberi kesedaran tentang cara untuk mencegah pembiakkan nyamuk aedes.

Menurut kenyataan Perbadanan Putrajaya, kes demam denggi di Putrajaya semakin meningkat ke tahap agak serius, iaitu sebanyak 200.1 peratus walaupun belum tercatat kes kematian akibat demam denggi.

Sehingga pertengahan April, Putrajaya mencatatkan 166 kes denggi, kebanyakkannya dari dua kawasan iaitu Presint 9 (41) serta Presint 11 (35).

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda