Skip to main content
Berita TempatanSabahViral

TM SME BizFest 2016 Rakan Niaga Jalur Lebar PKS

By 11 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Yahya Abdul Rajak & Johnny Joklis (Sabah)

KOTA KINABALU, 11 Mei (Malaysiaktif) –? Pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh Sabah berpeluang menyebar luas hasil produk masing-masing melalui jaringan jalur lebar (Internet) dengan menyertai TM SME Bizfest.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata penting PKS terus kekal berdaya saing serta berkembang maju pada era perniagaan moden amat mencabar.

Musa menjelaskan pada 2014, PKS Sabah mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dengan pertumbuhan sebanyak 65 peratus dalam tempoh lima tahun sebelumnya dengan lebih 40,000 PKS yang beroperasi.

 

Raymond (lima dari kiri) berpuas hati terhadap pelbagai produk yang dipamerkan semasa SME BizFest 2016

 

“Kerajaan negeri mensasarkan pertumbuhan sektor ini meningkat sebanyak empat hingga lima peratus. Di Sabah terdapat lebih kurang 40,884 PKS iaitu 6.3 peratus daripada keseluruhan PKS seluruh negara dan komposisi terbesar adalah daripada sektor perkhidmatan/perkilangan, pembinaan, pertanian serta perlombongan dan kuari.

“Kerajaan negeri fokus kepada sektor PKS dan melaksanakan pelbagai inisiatif seperti pembangunan keupayaan, bantuan kewangan, pembinaan jenama, kemahiran dan latihan keusahawanan serta penyediaan infrastruktur, sokongan institutsi dan kawal selia demi memperkasakan PKS di Sabah,” katanya semasa merasmikan SME BizFest 2016 di sini, pagi tadi.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah.

Tambahnya, Kerajaan Negeri amat berbesar hati kepada Telekom Malaysia (TM) terhadap usaha dan inisiatif tepat dengan dasar serta hala tuju kerajaan Negeri bersama-sama berganding bahu memacu pembangunan ekonomi sabah melalui meningkatkan keupayaan sektor PKS.

Justeru, beliau berharap program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjalinkan rangkaian pemasaran luas selain mengikuti sesi seminar oleh ikon perniagaan berjaya.

 

TINJAU…Raymond (dua dari kiri) meninjau pelbagai pameran produk di majlis berkenaan

 

Terdahulu, Naib Presiden Eksekutif, Pengguna dan SME, TM, Imri berkata penembusan jalur lebar di Sabah semakin meningkat melalui pelaburan bersama sektor awam dan swasta.

Katanya lagi, trend jalur lebar yang menyediakan persekitaran kondusif untuk PKS berkembang melalui penggunaan teknologi lebih luas terutama dalam bidang ICT.

Hadir sama Naib Presiden Eksekutif, Pengguna dan Sme, TM, Imri Mokhtar; Pengurus Besar TM Sabah, Sukkuriya Masri.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda