Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pesta Kaamatan Eratkan Persahabatan – Musa Aman

By 3 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Eviannie Kin Mei Hoon & Mastim Kiriman (Sabah)

TENOM, 3 Mei (Malaysiaktif) –? Bertemakan Keamanan dan Persahabatan, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengajak masayarakat Sabah utuk menghayati mesej penting di sebalik tema Perayaan Pesta Kaamatan 2016.

Musa percaya tema itu mengingatkan pentingnya ikatan persahabatan dalam memperkukuh keharmonian rakyat yang terdiri daripada pelbagai suku, kaum, agama dan budaya di Sabah.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong apa-apa jua perayaan kebudayaan yang ada di Sabah kerana kita mahu terus memartabatkan warisan budaya kesenian yang kita warisi dari zaman nenek moyang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, di Padang Pekan Tenom pada Ahad.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri ini, Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berkata Pesta Kaamatan ini sememangnya ialah platform terbaik bagi menjana keamanan dan persahabatan.

“Perayaan Kaamatan melibatkan penyertaan kesemua suku etnik di Negeri Sabah yang memaparkan pelbagai aspek budaya dari segi pakaian, tarian dan makanan.

????????????????????????????????????

“Ini akan membawa kepada pemahaman bukan sahaja terhadap budaya masing-masing tetapi juga budaya masyarakat lain,”jelasnya yang Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan.

Pemahaman ini akan menjana sikap toleransi serta penerimaan dan seterusnya adanya interaksi mewujudkan persahabatan yang dapat dibentuk dan diperkuat lagi.

Tambahnya, kewujudan sentimen persahabatan yang erat dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa amat penting dalam menangani isu polemik extremis berbaur perkauman yang boleh membawa perpecahan dalam negara.

SF

Tinggalkan komen anda