Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlisViral

Darjah Kebesaran Sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis

By 17 Mei 2016Mei 19th, 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Ku Indra Putra Ku Man / Foto : Anuar Che Amat

ARAU, 17 Mei (Malaysiaaktif) –¬† Raja Perlis Tuanku¬† Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan mengurniaan Darjah Kerabat Perlis (DKP) kepada¬† Raja Perempuan Perlis, Tuanku ¬†Fauziah¬†sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-73 baginda di Istana Arau dalam istiadat¬†Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis hari ini. Istiadat di susuli dengan pengurniaan darjah dan pingat kebesaran negeri kepada 36 penerima lain.

 

raja 3
Dalam titahnya, baginda berkata, untuk mencapai kemajuan, rakyat perlu mengubah cara berfikir dan bertindak. Selagi permikiran dan tindakan di takuk lama, maka sampai bila -bila pun kita tidak akan mencapai kemajuan.

Menurut baginda lagi, cara berfikir dan bertindak perlu seiring dengan peredaran masa jika ingin mencapai status negara maju. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ke arah mencapai status negara maju ialah usaha membasmi kemiskinan.

Baginda percaya, sekiranya usaha membasmi kemiskinan ditumpukan ke arah meningkatkan keupayaan diri dengan menyediakan kemudahan pendidikan, kemahiran serta membina keyakinan diri maka golongan ini akhirnya akan dapat berdikari dan berjaya keluar daripada kancah kemiskinan.

Dalam pada itu, baginda berkata kerajaan negeri juga perlu melipatgandakan usaha untuk merancakkan ekonomi di negeri ini.

 

raja 2

Turut  menyaksikan istiadat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin  Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, kerabat-kerabat Diraja, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man serta pembesar-pembesar negeri.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda