Skip to main content
HomeKuala LumpurPahangViralWilayah Persekutuan

[KEMASKINI] Pesawat TUDM Terhempas, Dua Terselamat

By 17 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Diyana Zamri (Putrajaya)

Kuala Lumpur, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Sebuah pesawat Aermacchi MB339CM milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) terhempas di kawasan sawah padi di Nenasi, Pekan, Pahang.

TUDM dalam kenyataan medianya memaklumkan pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Kuantan itu mengalami masalah teknikal ketika membuat penerbangan latihan pukul 12:54 tengah hari tadi.

TUDM 1

 

Dua juruterbang yang terlibat dilaporkan selamat setelah berjaya keluar menggunakan kerusi injal pesawat. Kedua-dua juruterbang tersebut telah diterbangkan ke Pangkalan Udara Kuantan pada pukul 1.58 petang menggunakan Helikopter Nuri.

Sejurus tiba, doktor perubatan ATM membuat pemeriksaan ke atas juruterbang sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk pemeriksaan dan pemerhatian lanjut.

Susulan itu, TUDM akan menubuhkan sebuah Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan tersebut.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pesawat tersebut terhempas berhampiran Kampung Serum, Pekan. JBPM telah mengerahkan 11 orang anggota ke tempat kejadian.

Pihak TUDM turut menempatkan Anggota Pasukan Khas TUDM di tempat kejadian bagi mengawal keselamatan dan TUDM kini sedang menumpukan usaha untuk membawa keluar pesawat Aermacchi MB339CM itu dari kawasan tersebut.

Tinggalkan komen anda