Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

PMABP 2016: Kaki Pancing Banjiri Pantai

By 22 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 Oleh: Azimee Abdullah & Sherul Nizam Zakaria (Balik Pulau)

BALIK PULAU, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Pantai Pasir Panjang semalam di banjiri kaki pancing yang datang mempertaruhkan nasib untuk menyertai Pertandingan Memancing Aspirasi Balik Pulau (PMABP) 2016.

PMABP yang disertai kira-kira 485 peserta ini adalah bertujuan untuk membawa pendekatan baru dalam mengaktifkan kawasan Parlimen Balik Pulau dengan program dan aktiviti yang pelbagai dalam usaha pemimpin mendekati masyarakat.

WhatsApp-Image-20160521 (1)

Salah seorang peserta, Rozaimi Awang, 36, berkata pertandingan memancing seumpama ini wajar diadakan secara berterusan untuk mengeratkan hubungan sesama kaki pancing dan juga masyarakat setempat serta mempromosi kawasan Balik Pulau sebagai salah satu destinasi pelancongan pada musim durian ini.

WhatsApp-Image-20160521 (6)

PMABP merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Aspirasi Balik Pulau dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Balik Pulau. Turut terlibat untuk menjayakan pertandingan ini ialah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Biro Tata Negara (BTN), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), serta Kolej Kejururawatan Pulau Pinang.

Kategori ikan terberat dimenangi oleh Zaida Baharin di tempat pertama dengan wang tunai RM1000, tempat kedua Romli Din membawa pulang wang tunai RM700 dan tempat ketiga Mohd Shafik Mokhtar RM500.

Pada program yang sama, turut diadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh pelatih Kolej Kejururawatan, Pendaftaran Pemilih oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Pameran oleh I-Homestay Balik Pulau.

Turut hadir untuk merasmikan penutupan program, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

 

– AH

Tinggalkan komen anda