Skip to main content
Berita TempatanHomePahangViral

Pokok Tumbang, Laluan Raub, Gap, KKB Terputus Lima Jam

By 15 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohamad Azree

RAUB, 15 Mei (Malaysiaaktif) — Laluan dari Raub menghala ke Gap, Bukit Fraser’s dan Kuala Kubu Bharu kedua-dua hala terputus hari ini disebabkan oleh kejadian pokok tumbang yang merintangi jalan.

Kejadian berhampiran Kampung Bukit Telaga itu dikatakan berlaku di antara pukul 7.00 hingga 8.00 pagi, kerana sebelum itu sekumpulan pengayuh basikal yang melalui jalan tersebut tidak memaklumkan sebarang insiden.

 

348b1a0a-63c6-4718-afbc-05beab3f2b49

Lebih 100 buah kenderaan terkandas perjalanan.

 

Menurut, Roslan Abdul Rahman yang merupakan orang pertama berada di lokasi, setiba di kawasan terbabit beliau mendapati sebatang pokok besar tumbang menghalang laluan berserta sebuah batu besar.

Beliau seterusnya menghubungi Ibu Pejabat Polis Raub dan pihak syarikat penyelenggara laluan berkenaan, iaitu Roadcare.

 

e9736b30-9418-4f27-87a3-0a96ac81bb01

 

Pelapor Malaysiaaktif yang kebetulan berada di lokasi menganggarkan kira-kira 100 buah kenderaan tidak dapat melepasi halangan berkenaan dari pukul 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari.

Bagaimana pun, selepas satu jam setelah anggota polis dari Bukit Fraser’s dan pekerja-pekerja Roadcare tiba dan melakukan pembersihan pada kira-kira pukul 12.45 tengahari, kenderaan ringan dibenarkan meneruskan perjalanan.

Kerja-kerja pembersihan dan pengalihan batang pokok yang tumbang mengambil masa lebih kurang tiga jam dengan menggunakan sebuah jentolak. Laluan dibuka sepenuhnya pada pukul 4.00 petang.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda