Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Rapatkan Jurang Pembangunan Sabah, Semenanjung-Najib

By 29 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Zuraidah Ahmad & Mastim Kiriman (Sabah)

TAWAU, 29 Mei (Malaysiaktif) – Kerajaan Persekutuan komited merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dengan Semenanjung Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, projek bernilai RM12. 86 bilion yang dijangka siap sebelum 31 Disember 2021 itu membuktikan komitmen Aku Janji Kerajaan Persekutuan untuk rakyat Sabah.

“Saya ingin melihat jurang pembangunan antara Sabah dengan Semenanjung dapat dirapatkan supaya Sabah di bawah Barisan Nasional akan lebih maju,” katanya ketika melancarkan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Tawau – Sandakan (Pakej 2) di SMK Balung dekat sini, pada Sabtu.
Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah sejauh 706 kilometer yang bermula dari Sindumin hingga ke Tawau bakal merubah landskap infrastruktur dan menghubungi bandar-bandar utama di Sabah dengan lebih efisien, selesa dan selamat untuk 3.74 juta penduduk Sabah.

????????????????????????????????????

Pakej kedua pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah bagi jajaran Tawau – Sandakan akan mula dibina seawal-awalnya Jun tahun ini dan diteruskan secara berperingkat pada 2017 dan 2018.

Pakej itu melibatkan jajaran Tawau-Sandakan sepanjang lima kilometer yang merupakan sebahagian daripada 706 kilometer jajaran Pan Borneo Sabah Fasa 1 dan kebanyakannya akan dinaik taraf kepada empat lorong dua hala.

Laluan itu apabila siap kelak, berupaya mentransformasikan ekonomi penduduk setempat khusunya penduduk bandar dan luar bandar Tawau selain meningkatkan aspek kemudahan jaringan pengangkutan bagi urusan pasaran dan logistik untuk industri kecil dan sederhana.

Pada masa yang sama pakej itu turut menyokong jaringan infrastruktur dan logistik bagi industri-industri yang difokuskan di bawah wilayah koridor Sabah Economic and Investment Authority (SEDIA).

SF

Tinggalkan komen anda