Skip to main content
Berita TempatanSabah

SMK Bongawan II, Tanam Seribu Pokok Pisang

By 29 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh: Muhammad Abdul Rahman (Sabah)

BONGAWAN, 29 Mei (Malaysiaktif) – Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan II memulakan projek menanam seribu pokok pisang di sekitar kawasan sekolah berkenaan bagi menangani masalah najis burung layang-layang yang mengotorkan bangunan sekolah terbabit.

Menurut Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bongawan, Datuk Mohammad Alamin tindakan oleh jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ialah sesuatu inisiatif terbaik sejak sekolah berkenaan mula beroperasi pada 2008.image

“Inisiatif sebegini bukan sahaja membantu mengurangkan masalah kekotoran yang berlaku malah sebagai langkah alternatif mendedahkan pelajar kepada aspek pertanian yang mampu menjana tabung sekolah kelak,” katanya semasa merasmikan Program Gotong-Royong Perdana serta Pelancaran Buletin Sekolah pada Sabtu.
Tambahnya, setiap agensi kerajaan negeri dan persekutuan wajar terus terlibat dalam setiap penganjuran aktiviti kemasyarakatan sebegini kerana setiap agensi terbabit dapat melihat sendiri setiap permasalahan yang berlaku.

Penganjuran seperti gotong-royong perdana ini dapat mengeratkan perhubungan dengan komuniti setempat malah turut membantu menyelesaikan permasalahan di sesetengah kawasan tersebut.

Program tersebut disertai 200 pelajar, kakitangan dan jawatankuasa PIBG sekolah selain turut dibantu oleh agensi kerajaan seperti Majlis Daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Penerangan dan Kolej Politeknik Teknologi Mara (KPTM) Tawau.

Seramai 61 sukarelawan daripada Cure and Care Rehabilitian Centre (CCRC) dan Universiti Malaysia Sabah turut sama menjayakan program tersebut.

SF

Tinggalkan komen anda