Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Uggah: Jangan Bazir Undi Memilih Calon Pembangkang

By 1 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Genda Sating / Foto : Chua Sim Choon

BETONG, 30 Apr  –   Masyarakat Cina diseru agar memberi sokongan kepada penuh calon-calon Barisan Nasional (BN) dan tidak membazirkan undi dengan mengundi calon pembangkang.

Demikian menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia merangkap calon N.37 Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika berucap semasa Majlis Makan Malam Sejiwa Senada Seirama N.37 Bukit Saban sempena Majlis Penutupan Pertandingan Nyanyian Kali ke-8 SJKC Bahagian Sri Aman/ Betong di SJKC Chung Hua Spaoh, malam ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Media Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak, Uggah berkata masyarakat Cina harus sedar, jika pembangkang menang sekali pun, sehingga hari ini mereka masih belum memutuskan siapa akan dilantik sebagai Ketua Menteri.

“Sarawak dibawah pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem bertambah maju dan makmur. Bagi masyarakat Cina, Ketua Menteri menegaskan bahawa masyarakat Cina tidak wajar dipanggil pendatang dan Sijil UEC daripada SJKC juga turut diiktiraf,” ujar Uggah lagi.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda