Skip to main content
HomeKelantan

38 Keluarga Sambut Ramadan Dengan Rumah Baharu

By 2 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : Nor Fadzlina Bt Ahmad Fadzli (Gua Musang)

GUA MUSANG, 2 Jun (Malaysiaktif) – Sebanyak 40 buah rumah berharga RM 48,000 seunit telah berjaya disiapkan dan diserahkan kepada 38 orang penerimanya pada satu majlis penyerahan kunci rumah Projek Rumah Kekal Banjir (RKB) Mukim Batu Papan, Gua Musang semalam. Penerima merupakan mangsa banjir daripada pelbagai mukim seperti Mukim Kampung Baru, Mukim Kundur dan Mukim Sungai Terah.

Penyerahan kunci RKB memanfaatkan 38 penghuni di Gua Musang

Penyerahan kunci RKB memanfaatkan 38 penghuni di Gua Musang

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata, Mukim Batu Papan dipilih kerana faktor geografinya yang terletak di tanah tinggi, sukar untuk terlibat dengan banjir dan juga kawasan ini tidak jauh daripada kampung asal penerima rumah ini.

“Tanah ini dibeli dengan duit peruntukan yang diluluskan, yakni dengan harga  RM680 ribu. Rumah bantuan ini diberikan kepada penerima tanpa sebarang bayaran, hanya bayaran sebanyak RM30 yang akan dikutip daripada pemilik rumah bagi tujuan penyelenggaraan,” katanya dalam ucapan perasmian majlis penyerahan kunci rumah kepada 38 pemilik rumah di Mukim batu Papan, dekat sini.

Dengan terlaksananya projek ini,membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah memilih kasih dalam memberi bantuan kepada rakyat dan membuktikan bahawa kerajaan amat prihatin dengan kesusahan dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat.

Abdullah Ismail bersyukur dapat menghuni kediaman baharu

Abdullah Ismail bersyukur dapat menghuni kediaman baharu

Dalam pada itu, seorang penerima, Abdullah Ismail, 62, bersyukur kerana dapat memiliki rumah tersebut. Beliau juga berharap agar proses penyambungan sumber elektrik dan air dapat disegerakan dan berhasrat untuk menyambut aidilfitri di rumah baharu tahun ini.

Majlis telah diadakan di tapak perumahan Kampung Batu Papan, Gua Musang. Majlis telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

 

-SH

Tinggalkan komen anda