Skip to main content
Berita TempatanSabah

Bertuah Dapat Jalani Ramadan dengan Ibu Bapa – Ibrahim

By 16 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

  Oleh: Ahmad Faizal Jamil (Sabah)

KENINGAU, 15 Jun (Malaysiaktif) –? Lawatan untuk mengunjungi anak-anak yatim memberi kesedaran kepada para remaja kampung masjid betapa bertuahnya kerana mereka masih dapat menjalani bulan Ramadan bersama ibu bapa masing-masing.

Demikian kata Ketua Kampung selaku ketua rombongan, Ibrahim Hj. Abdul Rahman yang mengadakan lawatan amal ke Rumah Anak Yatim Tambunan, pada Isnin.

Seramai 60 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), bersama ahli Komuniti 1 Malaysia (K1M) dan Kawasan Rukun Tetangga kampung Masjid mengadakan kunjungan amal ini untuk mendekati golongan kurang bernasib baik selain mengajak ahli kumpulan bersama menyelami kisah suka-duka anak-anak yatim berkenaan.

Tambahnya, program ini juga sebagai memupuk sifat positif dalam kalangan ahli rombongan untuk memperbanyak sedekah pada bulan yang mulia ini iaitu Ramadan Al Mubarak.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Masjid, Haji Rahmat Saman memaklumkan pengisian selama dua jam berkenaan diakhiri dengan penyampaian duit raya dan pelbagai keperluan dapur. kepada 98 orang anak yatim.

Wakil pengetua rumah anak yatim berkenaan, Saifudin Wasimanmeluahkan rasa amat berterima kasih kepada rombongan kerana memilih RAY Tambunan untuk mengadakan program tersebut dan berharap agar program tersebut dapat dilaksanakan setiap tahun agar anak-anak yatim ini dapat merasa kasih sayang sepenuhnya daripada masyarakat umum.

Ahli rombongan turut berbuka puasa dan sembahyang Maghrib bersama-sama.

SF

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda