Skip to main content
Berita TempatanSabah

10 Negara Sertai 11th Sabah International Folklore Festival

By 16 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 Oleh Muniyamma a/p Marapen & Nasiri Tapisil (Sabah)

 KOTA KINABALU, 15 Jun  (Malaysiaktif) –? Acara tarian bertaraf antarabangsa, 11th Sabah International Folklore Festival (SIFF) 2016  yang bakal disertai oleh 10 negara pasti akan berjaya mempromosi dan memperkenalkan Sabah sebagai destinasi pelancongan berasaskan kebudayaan, kesenian dan pelbagai etnik.

Demikian kata Pengarah Lembaga Kebudayaan Sabah, Datuk Seri Wences Angang ketika Majlis Pelancaran Promosi 11’th SIFF 2016 yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman di Perkarangan Wisma Innoprise, pagi tadi.

“Sehingga hari ini sebanyak 10 negara akan menyertai SIFF pada tahun ini antaranya Australia, Ireland, Indonesia, India, Filipina, Sri Lanka, Thailand, Estonia, South Korea, Republic of Sakha Yakutia Russia dan Malaysia.

“Ini ialah masa yang terbaik untuk membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat sama ada pelancong dari dalam dan luar negeri untuk berkunjung ke Sabah bagi menyaksikan persembahan tarian antarabangsa.

“Pada tahun ini tiada pertandingan SIFF antara sekolah kerana ingin memberi ruang untuk pelajar – pelajar bagi perhatian kepada pembelajaran dan sekali gus memberi  peluang untuk mereka bersedia untuk membuat persediaan bagi menyertai SIFF pada tahun depan,” jelasnya kepada pemberita selepas majlis pelancaran promosi SIFF 2016.

Program anjuran Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bermula 24 hingga 30 Julai ini.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Pengerusi SIFF 2016, Datuk Seri Masidi Manjun.

SF

 

 

Tinggalkan komen anda