Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

PRK Sg Besar : BN Menang Majoriti 9191 Undi

By 18 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Muhammad Rizal Redzuan

SUNGAI BESAR, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kemenangan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.093 Sungai Besar dengan majoriti 9191 undi.

Demikian menurut kenyataan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Sungai Besar, Mohd Khairudin Md Som di Dewan Seri Bernam di sini malam tadi.

Calon BN, Budiman Mohd Zohdi meraih undi sebanyak 16,800 manakala lawannya calon Amanah, Azhar Datuk Ab Shukur memperoleh 7609 undi sementara calon PAS, Dr Rani Haji Abdul Rani Osman dengan 6902 undi.

Tambahnya, jumlah peratus keluar mengundi ialah 74.4 peratus.

Kerusi P.093 dikosongkan setelah penyandangnya, Allahyarhamah Tan Sri Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu.

SF

Tinggalkan komen anda