Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Keputusan Tidak Rasmi SPR – Peratusan Keluar Mengundi Berkurang

By 18 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Aimi Huwaina (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Keputusan peratusan keluar mengundi tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar ialah sebanyak 74 peratus, manakala di Kuala Kangsar, 71 peratus.

Menurut Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, jumlah peratusan keluar mengundi pada kali ini adalah kurang kerana ini merupakan PRK Parlimen dan bukan Pilihan Raya Umum (PRU).

“Faktor sebagaimana yang kita maklumkan terlebih dahulu, mungkin kerana pengundi-pengundi di luar daripada kawasan itu tidak balik,” jelasnya kepada pemberita di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak, petang tadi.

Tambah Hashim, walaupun terdapat beberapa kemalangan kecil, suasana PRK Kuala Kangsar ini dilihat masih dalam keadaan baik dan harmoni.

“Keadaan cuaca bagus, tetapi mungkin ada fahaman-fahaman pemikiran yang mengatakan menang kalah pun tidak membawa apa-apa perubahan kepada kedudukan parlimen dan sebagainya,” ujar Hashim.

Dalam pada itu, Hashim turut berterima kasih kepada pihak keselamatan dan media yang membuat liputan yang baik dan parti-parti politik yang bertanding kerana dapat mengawal penyokong masing-masing daripada melakukan sebarang kemalangan yang tidak diingini.

“Ini semua memberi sokongan yang kuat kepada SPR kerana perkara pertama yang harus kita fikirkan ialah bagaimana kita nak mewujudkan suasana pada masa-masa akan datang, suasana Pilihan Raya yang tenang dan harmoni,” katanya.

Keputusan PRK Kuala Kangsar dijangka akan diumumkan serentak dengan keputusan PRK Sungai Besar pada pukul 9.00 malam nanti.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda