Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

Kad Raya Semakin Dilupai

By 20 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Salawati Mat Shariff (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Suatu ketika dahulu, kiriman kad raya untuk orang tersayang yang tinggal jauh daripada keluarga, menjadi satu kemestian setiap kali Ramadan menjelang tiba. Namun kini tradisi mengirim kad raya kelihatan semakin suram.

Biarpun permintaan pelanggan semakin berkurangan berbanding zaman kegemilangannya sedekad yang lalu, masih ada sebilangan peniaga yang menjualnya.

Perkara ini diakui oleh pekerja kedai buku, Inas, 21, yang berkata jumlah jualan kad raya semakin menurun saban tahun.

Katanya, walaupun terdapat syarikat percetakan yang menawarkan kad raya ‘custom made’ untuk mereka yang mahu mencetak imej korporat, individu atau keluarga pada kad raya tersebut, namun tidak ramai yang berminat atas faktor kos.

WhatsApp-Image-20160614 (1)

Dalam pada itu, perkembangan teknologi dilihat telah mengambil alih tugas si penghantar surat. Kini, pengirim lebih berminat untuk mengirim kad raya melalui media sosial dan aplikasi telefon pintar masing-masing.

Kad raya digital berjaya menarik minat ramai orang atas kosnya yang percuma, mudah dan pantas. Kad raya digital juga boleh disertakan bersama kesan-kesan khas yang menarik seperti lagu raya atau bunyi mercun.

Seorang lagi guru yang ditemui Malaysiaaktif, Khomaroh, berkata adalah tidak mustahil jika generasi akan datang tidak mengenali kad raya.

Khomaroh yang masih setia mengirim kad raya kepada sahabat karibnya yang bermastautin di luar negara sebagai tanda ingatan mengakui sejak akhir-akhir ini, dia menghadapi sedikit kesukaran mencari kad raya berbanding dulu yang mudah dibeli di kedai-kedai, pasaraya atau pasar malam sekalipun.

Sementara itu, seorang pelajar tingkatan satu, Izazi, 13, berkata dia belum berpengalaman membeli atau mengirim kad raya.

“Susah saya nak jelaskan, sama ada akan rasa gembira atau teruja kalau berpeluang mengirim kad raya. Dari kecil saya telah didedahkan dengan kecanggihan teknologi,” katanya.

– AH

Tinggalkan komen anda