Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Buka Puasa Bersama Anak Anak Tahfiz Madrasah Ainussyukriah

By 28 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh M Zakry Chan

MELAKA, 28 Jun ( Malaysiaaktif ) — Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Berbuka Puasa bersama pelajar Tahfiz Madrasah Ainussyukriah Kampung Panchor berlangsung di sini semalam.

Majlis yang bermula pada pukul 6.00 petang itu turut disertai oleh kira-kira 200 pelajar tahfiz dan pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Mara, Lendu.

Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah, Mohd Wira Sabtu, 36, ketika ditemu bual oleh Wartawan Malaysiaaktif berkata, program hari ini adalah salah satu pendekatan terbaik dalam menghayati erti Ramadan bersama anak-anak Tahfiz.

Turut hadir, Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Koh Nai Kwong dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Durian Tunggal, Datuk Hj Ab Wahab Ab Latip.

Majlis dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah.

 

Tinggalkan komen anda