Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Ziarah Kasih Ringankan Beban Pak Yem BPR

By 28 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Khairunnisa Abd Rahman

JASIN, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Abdul Rahim Mad Zain, 54 yang lebih mesra dipanggil Pak Yem merupakan bekas anggota Kumpulan Bumiputra Rockers (BPR) yang terkenal sekitar tahun 80-an, kini terlantar disebabkan kanser tulang tahap 4.

Pak Yem sudah tidak mampu bekerja disebabkan kanser yang sudah sampai ke tahap serius. Isteri Pak Yem bertindak menyara keluarga dengan bekerja di kedai makan di Kawasan Rehat dan Rawat(RNR), Sungai Rambai.

Rumahnya yang bersebelahan dengan kawasan Rawat Dan Rehat (RNR) Sungai Rambai itu didiami oleh beliau dan keluarganya sejak sekian lama.

Menjelang aidilfitri, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Seri Pengkalan Lambak prihatin akan keadaan Pak Yem serta turut rasa bertanggungjawab untuk menghulur sedikit sumbangan berupa wang tunai dan barangan makanan harian kepada beliau.

Menurut Naib Pengerusi MAYC Seri Pengkalan Lambak, Mohammad Fiza Bin Mohd Fuad, 23, Persatuan-persatuan belia wajar bergerak aktif memberi sumbangan dalam apa jua bentuk bantuan kepada yang memerlukan walaupun tidak diminta.

“Saya yakin program sebegini akan dapat membantu meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh Pak Yem dan keluarganya,” ujarnya kepada Malaysiaaktif.

Timbalan Pengerusi MAYC Seri Pengkalan Lambak, Mohd Ridzuan Mujid, 33 berharap semoga sumbangan ini sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan yang dialami keluarga Pak Yem dan diharap keluarga Pak Yem tabah dengan ujian Allah ini.

 

Tinggalkan komen anda