Skip to main content
HomeKelantan

Himpunan 150 Peniaga di Pusat Sivik Gua Musang

By 8 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : NorFadzlina Bt Ahmad Fadzli (Gua Musang)

GUA MUSANG, 8 Jun (Malaysiaktif) – Seramai lebih kurang 150 orang peniaga dihimpunkan di Pusat Sivik, di sini sepanjang bulan Ramadan ini bagi menjayakan Bazar Ramadan Gua Musang.

Sebanyak 160 tapak jualan dengan harga sewaan RM 230 setapak ditawarkan kepada peniaga-peniaga tempatan.

Pelbagai juadah siap masak seperti lauk-pauk, kuih-muih, terdapat di bazar ini. Turut terdapat gerai yang menjual buah-buahan dan makanan kering seperti kerepek dan kek.

Menurut salah seorang peniaga di sini, Nursafiqah Suhaimi, 16tahun, sambutan terhadap bazar ini cukup menggalakkan terutamanya pada awal dan penghujung bulan puasa.

Nursafiqah Suhaimi sibuk melayan pelanggan di tapak bazar Pusat Sivik

Nursafiqah Suhaimi sibuk melayan pelanggan di tapak bazar Pusat Sivik, Gua Musang

“Pengunjung memang ramai pada minggu pertama puasa, dan akan berkurangan pada minggu kedua. Namun pengunjung kembali rancak pada minggu ketiga dan keempat Ramadan.

“Minggu keempat lebih ramai pengunjung kerana mereka yang berada di luar Kelantan telah pulang ke kampung halaman untuk beraya di kampung,” ujarnya ketika sibuk menjual aneka lauk juadah berbuka.

Keuntungan yang diperolehi selama sebulan berniaga di sini agak berbaloi bagi para peniaga. Harga yang ditawarkan adalah sama seperti harga berniaga pada hari biasa.

Bazar Ramadan ini adalah salah satu inisiatif untuk menghimpunkan semua peniaga bukan sahaja bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat malah turut menjadi pusat sehentian apabila penduduk setempat tidak perlu ke lokasi berbeza bagi mendapatkan keperluan berbuka puasa.

 

-SH

Tinggalkan komen anda