Skip to main content
HomeKelantan

‘Main Puteri’ Bercanggah Dengan Islam

By 8 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Rosli Bin Md.Zin (Bachok)

BACHOK, 8 Jun (Malaysiaktif) – ‘Main Puteri’ merupakan salah satu kaedah perubatan dan rawatan tradisional yang diamalkan secara meluas oleh masyarakat Melayu Kelantan pada masa lampau.

Baharu ini Malaysiaaktif berkesempatan menyaksikan sendiri upacara ini semasa melakukan tinjauan di Kampung Jelawat, di sini. Dalam perubatan tradisi Main Puteri ini terdapat campuran unsur Islam dengan pemujaan semangat serta roh.

‘Tok Teri’ atau watak utama akan memainkan peranan dan memulakan upacara dengan bacaan ayat Al-Quran, diikuti jampi serapah serta mantera yang sukar difahami.

Melalui bacaan ini pesakit diseru semangatnya sehingga berubah kepada keadaan separuh sedar. Dalam situasi ini pesakit berkenaan akan melakukan apa sahaja tindakan dan aksi di luar kawalan, malah tidak menggambarkan keperibadiannya semasa normal.

Situasi pesakit yang sedang lupa atau bertindak tanpa sedar dan di luar kawalan kadangkala merebak kepada pengunjung atau penonton yang berada di sekeliling kawasan upacara.

Menurut pengunjung yang hadir, Rosli Mahmood, 57, pergaulan bebas berlaku antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

“Pesakit yang diseru melalui jampi serapah akan menari malah orang ramai yang melihat juga akan turut serta menari apabila paluan muzik dimainkan oleh kumpulan Main Puteri”, katanya kepada MalaysiaAktif.

Jelasnya lagi, rawatan tradisional ini seolah-olah mempunyai perkaitan dengan mahkluk ghaib dan ianya jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Sementara itu, pengamal perubatan Nik Mat Nik Leh, atau Tok Teri menjelaskan bahawa Main Puteri ini mpunyai kaitan dengan Puteri Saadong, iaitu kisah lagenda rakyat Kelantan.

“Sembuh atau tidak pesakit berkenaan hanya dengan kuasa Allah, rawatan Main Puteri adalah sekadar ikhtiar”, jelasnya.

 

-SH

Tinggalkan komen anda