Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPahangViral

Taddarus Al Quran Bersama KDYTM Tengku Puan Pahang

By 23 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Muhd Fitri

BERA, 22Jun (Malaysiaaktif) – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia (KDYTM) Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutakkilalallah Sultan Iskandar Al Haj mencemar duli berangkat ke daerah Bera sempena Majlis Tadarus Dan Khatam Al-Quran Wanita Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur, Ramadhan 1437 Hijrah di Masjid Darul Fikri.

Hadir sama Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang Dato’, Hajjah Shahaniza Binti Shamsudin, dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, merangkap Ahli Parlimen Bera.

Pada majlis tersebut juga KDYTM Tengku Puan Pahang berkenan mengurniakan sumbangan kepada golongan yang memerlukan seramai 100 orang penerima. Lebih tiga ribu orang yang hadir pada majlis tersebut.

WhatsApp-Image-20160622

Ketika bertitah pada majlis tersebut, KDYTM Tengku Puan Pahang menyarankan kepada semua muslimin dan muslimat supaya mendekati diri dengan al-Quran dengan membaca serta memahami maksud kandungannya dan seterusnya mengamalkan. Semua rakyat, titah baginda perlu menjaga perpaduan supaya keamanan dan keharmonian kekal sampai bila-bila.

mrr

Tinggalkan komen anda