Skip to main content
Berita TempatanSabah

Golongan Tidak Berkemampuan Terus Dapat Perhatian

By 20 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

  Oleh: Muhammad Khairul Azad Yunus & Mastim Kiriman (Sabah)

KOTA KINABALU, 20 Jun (Malaysiaktif) –? Sejak awal penubuhannya pada 2012, lebih 1,000 individu dan organisasi seperti anak yatim, ibu tunggal, badan amal dan masjid telah menerima sumbangan daripada Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Menurut Pengerusi YNJ, Al Hambra Tun Juhar yayasan yang dinaungi Datuk Seri Dr Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan Datuk Seri Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni ini dipacu oleh enam orang Ahli Jawatankuasa yang mempunyai tugas masing-masing.

“Kita menyeru masyarakat untuk terus membantu dan membela golongan yang kurang bernasib baik agar mereka ini tidak diabaikan,” katanya ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama di Kompleks Bersepadu KKMM, petang semalam.

Pada majlis itu, 100 golongan asnaf terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan pesara Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima sumbangan daripada yayasan berkenaan.

????????????????????????????????????

Bagi ibu tunggal, Fauziah Abd  Rahman, 40, berkata dia terkejut dan bersyukur apabila dipilih sebagai penerima sumbangan daripada YNJ untuk kali pertama.

Fauziah yang menjadi ibu tunggal sejak 10 tahun lepas hanya bergantung dengan pendapatan sebagai juruwang di sebuah pasar raya untuk membela empat orang anaknya yang masih bersekolah.

“Saya sangat bersyukur dipilih menerima bantuan pada hari ini yang dapat membantu persiapan kami sekeluarga menyambut Ramadan dan Aidilfitri yang akan menjelang.

“Lazimnya, sambutan Aidilfitri kami hanya ala kadar tetapi tahun ini saya berusaha dengan bekerja lebih masa hingga lewat malam untuk menyambut Hari Raya sedikit meriah bersama anak-anak,” katanya ketika ditemui semalam.

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????

Sementara itu bagi Muzafar Osman pula, 17, walaupun kehilangan ayah pada usia semuda dua tahun dia tetap bersyukur apabila dapat menyambut Lebaran bersama ibu dan adik-beradik lain di Tawau.

Dia yang sudah tiga tahun belajar di Madrasah Raudha Alulum, Tuaran merasa bersyukur dan seronok menerima bantuan daripada Yayasan Nur Jauhar.

“Saya akan berkongsi sedikit bantuan ini bersama ibu saya di kampung manakala sebahagian lagi akan saya gunakan untuk keperluan diri sendiri,” jelasnya yang sudah khatam Quran sebanyak tiga kali pada Ramadan tahun ini.

SF

 

Tinggalkan komen anda