Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kesedihan Perlu Dinoktah, Nasib Rakyat Dibela – Budiman

By 4 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Ashraf Ahmad Jarkasi

PASIR PANJANG, 4 Jun (Malaysiaaktif) –  Kesedihan terhadap arwah Datuk Noriah Kasnon perlu dinoktahkan walaupun jasa beliau tidak mungkin akan dapat dilupakan demi kelangsungan terus membela nasib rakyat.

Calon PRK P.093 Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berucap demikian di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pasir Panjang Selatan, malam tadi.

Beliau menyifatkan dirinya hanya sebagai simbol semangat kepada jentera pilihanraya meliputi belia, wanita dan yang lain untuk terus bekerja demi kepentingan rakyat.

“Peranan wakil rakyat adalah untuk membawa isu -isu rakyat ke peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga di Parlimen, selain sebagai penghubung antara kerajaan dengan rakyat,” ujarnya.

Tambahnya lagi, “Kuasa dan kemenangan di Parlimen Sungai Besar amat diperlukan untuk memastikan nasib dan suara rakyat terus diambil perhatian oleh kerajaan dan bukanlah bertujuan untuk merampas kawasan semata-mata”.

Majlis yang dihadiri seramai 50 orang ini turut mengundang Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zain Isma, bekas ADUN Batang Kali, Datuk Zainal Abidin Sakom.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda