Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Rampasan Dan Tangkapan Dadah Di Melaka Meningkat

By 16 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Rampasan dan tangkapan berhubung dadah di Melaka meningkat mendadak tahun ini sehingga menimbulkan kebimbangan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Datuk Ramli Din  berkata, pihak polis sentiasa memantau, menangkap dan memastikan aktiviti-aktiviti penagihan dan pengedaran dadah ini dapat dikurangkan ataupun dilumpuhkan di negeri ini.

“Bagi Seksyen 39 (b) yang membawa hukuman mati mandatori, jika dibandingkan bermula 1 Jan hingga 14 Jun 2015 sebanyak 50 kes telah berlaku manakala tahun ini dalam tempoh yang sama sebanyak 79 kes dilaporkan dengan peningkatan sebanyak 29 kes,” katanya.

Tambahnya, jumlah tangkapan bagi seksyen tersebut juga meningkat daripada 87 orang pada tahun lepas kepada 131 orang pada 2016 dalam tempoh yang sama.

“Boleh dikatakan sarang-sarang dadah di melaka telah dapat kita hapuskan. Antara yang terkenal adalah di Sungai Udang dan Kampung Gelam, manakala satu lagi masih berada dalam status kelabu iaitu di Krubong,”ujarnya.

Menurut Ramli, rampasan dadah di Melaka ini tidak banyak berbanding negeri lain, kalau dilihat contohnya heroin, sehingga 14 jun 2015, polis telah merampas 4214 gram berbanding tahun ini sebanyak 7862 gram.

Tambahnya, Syabu juga mengalami peningkatan daripada 950 gram tahun lepas kepada 2045 gram tahun ini, begitu juga dengan pil ecstasy, daripada 66 biji pada tahun lepas kepada 2415 biji tahun ini dalam tempoh yamg sama.

Satu lagi yang mengalami peningkatan ketara ialah daun ketum akhir-akhir ini dimana tahun lepas kita berjaya merampas 65 gram sahaja tetapi tahun ini 36, 147 gram dirampas dalam bentuk daun. Manakala dalam bentuk cecair pula, 856 liter di rampas tahun lalu berbanding 167 liter tahun ini.

“Pengedar lebih gemar membeli daun kerana boleh dibeli dengan modal yang sedikit tetapi dapat untung yqng banyak, jika dimasak cair, pendapat yang diperoleh akan lebih banyak,” kata Ramli dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka semalam.

Tambahnya, polis belum kesan jika daun kesum ini ditanam secara komersil di Melaka dan yakin kebanyakan datangnya dari luar dan polis sentiasa memantau sebarang aktiviti yang melibatkan dadah untuk memastikan negeri ini bebas dari gejala tersebut.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda