Skip to main content
Home

Sumbangan K1M Ceriakan Ramadan 50 Penduduk

By 6 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Noornita Ahmad (George Town)

GEORGE TOWN, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Bagi menceriakan permulaan Ramadhan yang bermula hari ini, Komuniti 1Malaysia (K1M) Batu Lanchang pada Sabtu mengadakan Program Penyampaian Sumbangan Sempena Bulan Ramadan kepada 50 penduduk Taman Seri Damai, di sini.

Sumbangan tersebut memanfaatkan golongan memerlukan seperti ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan miskin tegar.

 

a41ac877-e51b-4aa5-8873-eb00f09b6875

 

Menurut Pengerusi K1M Batu Lanchang, Aziz Hussain, program ini antara aktiviti tahunan yang bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan menyambut bulan Ramadan.

Sumbangan yang diberikan berbentuk barang-barang keperluan asas seperti beras, minyak, gula dan sebagainya.

Tambah Aziz, ahli jawatankuasa K1M Batu Lanchang juga telah mengadakan lawatan rumah ke rumah untuk menyampaikan sumbangan hamper barang keperluan asas bagi penduduk yang tidak mampu bergerak atau terlantar.

 

–  AH/AAS

Tinggalkan komen anda