Skip to main content
Berita TempatanHomePerlis

Sumbangan Ramadan Ringankan Beban

By 15 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh  Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 2,507 orang penerima sumbangan Ramadan tahun ini bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong, Perlis telah di adakan di Masjid Behor Empiang di sini, semalam.

Penyampaian itu telah di sempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Tuan Haji Khairi Hassan yang mewakili Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Terdahulu di dalam ucapannya, Tuan Haji Khairi Hassan berkata, sumbangan wang tunai berjumlah RM150.00 ini adalah dari kerajaan untuk meringankan beban dan menampung perbelajaan para penerima di bulan Ramadan ini.

“Walaupun sumbangan ini tidak seberapa tetapi kerajaan sentiasa perihatin dan tetap memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

“Semoga para penerima bantuan ini dapat berbelanja wang tersebut untuk memberi barang keperluan  pada bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba nanti,” ujarnya lagi

Beliau juga meminta kepada jawatankuasa masjid yang mempunyai wang simpanan masjid yang banyak supaya belanjakan kembali wang itu dengan menganjurkan program-program yang boleh memberi manafaat untuk anak-anak khairah di kawasan masjid tersebut.

Di dalam majlis itu juga, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bintong, Hajah Rela Ahmad turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar Perlis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kaasim dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang sudi menghulurkan bantuan kepada 144 mangsa ribut di Bintong pada bulan lalu.

 

-SH

Tinggalkan komen anda