Skip to main content
HomeKedah

Mudim, Jurumandi Jenazah, Antara Yang Penerima Sumbangan

By 15 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh  Mahazir Abu Hassan, Azfariza Ismail (Baling)

BALING, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 2381 penerima dari Daerah Baling dan 764 penerima dari Daerah Sik yang terdiri daripada guru Quran sukarela, jurumandi jenazah, penggali kubur, bidan kampung, pengamal perubatan serta mudim diraikan dalam satu majlis berbuka puasa serta penyampaian sumbangan semalam.

Majlis diadakan di Perkarangan Masjid Tok Bandar Mukim Pulai, di sini dan disempurnakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Datuk Tajul Urus Md Zain yang mewakili Datuk Seri Ahmad Bashah yang bercuti sakit setelah menjalani pembedahan kecil minggu lalu.

Sumbangan dari Yayasan Islam Negeri Kedah ini merupakan acara tahunan yang diadakan sempena bulan Ramadan dan sebagai menghargai jasa dan bakti mereka ini yang tanpa jemu berkhidmat untuk masyarakat setempat sekaligus dapat meringankan sedikit beban mereka dalam menjalani ibadah puasa kali ini.

Menurut seorang penerima Md Daud Saman, 82, berkata, beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada penganjur yang memberikan sumbangan.

“Sedikit sebanyak bantuan yang diterima ini dapat saya belanjakan untuk keluarga sempena bulan Ramadan ini,” ujarnya kepada Malaysiaaktif.

Yang turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Panglima Haji Abdul Azeez Rahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Datuk Haji Harun Abd Aziz, dan ADUN Kawasan Kuala Ketil Tuan Haji Mat Zuki Yusof.

 

-SH

Tinggalkan komen anda