Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri SembilanViral

Ziarah Ramadan Ringankan Beban Penduduk Kg Paya

By 15 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Malini Md Yunos

PORT DICKSON, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Bantuan barangan keperluan harian dan wang tunai  tunai disambut dengan rasa syukur dan gembira oleh tiga orang ahli kariah Kampung Paya di sini kelmarin.

Sumbangan tersebut sempena kunjungan Ahli EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang Datuk Tun Hairudin Abu Bakar, melalui program ziarah Ramadhan “Masih Ada Yang Sayang” anjuran Komuniti 1Malaysia (K1M) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) kampung berkenaan.

Program bertujuan mengimarahkan aktiviti bulan Ramadhan, selain membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

 

index

 

Menurut Tun Hairudin, usaha dan kerjasama K1M Kampung Paya merancang program ziarah ini terpuji samalahan sekarang ini umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

Tambahan pula, program berbentuk titik sentuhan ini memberi peluang kepada beliau sebagai Wakil Rakyat bersemuka dengan ahli kariah yang sakit dan dalam masa meninjau kawasan dan mendengar sendiri denyut nadi rakyat.

Menurut Samsuri bin Ramlan, 62 tahun, bantuan sumbangan ini amat besar ertinya kepada beliau kerana boleh membuat persediaan awal menyambut Aildilfitri yang bakal tiba.

Selain itu, program ini juga turut mengadakan ziarah ke rumah seorang ahli kariah yang terlantar akibat strok, Abd Aziz bin Zianudin, 87 tahun, dan Pn. Hajah Khalimah bt Morshidi, 82 tahun, yang terlantar akibat sakit tua.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda