Skip to main content
Berita TempatanSabah

?Ribuan Hadir Sambutan Aidilfitri di Sabah

By 9 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Eviannie Kin Mei Hoon & Mastim Kiriman(Sabah)

KOTA KINABALU, 9 Julai (Malaysiaktif) –? Kira-kira 40 ribu pengunjung berlatar belakang pelbagai bangsa, agama dan budaya bersama-sama meraikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2016 peringkat Sabah yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Likas, kelmarin.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, suasana ini sungguh menggembirakan kerana walaupun masyarakat Sabah terdiri pelbagai suku kaum dan agama tetapi boleh merayakan apa-apa jua perayaan bersama-sama.

“Mudah-mudahan melalui perayaan seperti ini akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim, perasaan persaudaraan dan kekitaan antara satu sama lain.

Ini diteruskan dari semasa ke semasa begitu jua dengan perayaan-perayaan lain kerana kita mahu Sabah kekal sebagai sebuah negeri di Malaysia yang rakyatnya sentiasa bersatu padu, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama meraikan program ini.

Majlis anjuran Kerajaan Negeri Sabah itu bermula dari 10.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari itu turut menghidangkan pelbagai juadah raya yang menarik untuk para pengunjung antaranya hidangan raya seperti lemang, rendang, serta kuih-muih raya.

Selain itu, majlis juga dimeriahkan dengan pelbagai persembahan oleh artis-artis Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) diiringi KUGIRAN Wanita LKNS.

Hadir menyerikan majlis ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Haji Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

SF

Tinggalkan komen anda