Skip to main content
Berita TempatanKelantan

Bertemu Kembali Selepas 37 tahun Terpisah

By 11 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh : Siti Meriam Mohammad  / Foto: Mohd Noor Abd Rahman (Bachok)

BACHOK, 11 Julai (Malaysiaaktif) –  Alumni Sekolah Menengah Putri Saadong (SMPS), di sini, mengambil inisiatif untuk mengumpulkan kembali rakan-rakan sekolah lama. Pertemuan ini merupakan pertemuan pertama sejak masing-masing meninggalkan alam persekolahan 37 tahun yang lalu.

Kenangan lama sewaktu persekolahan menjelma kembali sebaik sahaja 70 bekas pelajar tahun 1977 hingga tahun 1979  bertemu setelah hampir empat dekad terpisah.

Pengerusi pelaksana, Mohd Affendi Muhammad, 52, berkata, idea untuk mengadakan perjumpaan kali pertama itu timbul apabila dia cuba mencari rakan sekelas yang telah lama terputus hubungan.

Affendi berharap pertemuan ini dapat menghubungkan kembali ikatan persahabatan yang terpisah sekian lama

Affendi berharap pertemuan ini dapat menghubungkan kembali ikatan persahabatan yang terpisah sekian lama

“Bermula April lalu, saya dan rakan-rakan telah menubuhkan jawatankuasa kecil bagi membincangkan usaha mencari rakan-rakan lain yang telah terpisah, katanya kepada Malaysiaaktif.

Affendi berkata, sebagai permulaan mereka mewujudkan kumpulan dalam aplikasi WhatsApp dan Telegram untuk berhubung dan merealisasikan program pertemuan semula atau reunion ini.

“Kita mengharapkan perjumpaan ini dapat mengeratkan silaturahim serta menghubungkan kembali ikatan persahabatan yang terpisah sekian lama,” ujarnya lagi.

Menurutnya, ramai dalam kalangan bekas pelajar sekolah itu menempa kejayaan dalam pelbagai bidang termasuk dalam sektor kerajaan dan swasta.

Tambahnya, alumni SMKPS turut membuat perancangan untuk menubuhkan tabung kebajikan bagi memudahkan gerak kerja sekiranya sahabat mengalami kesusahan.

“Mudah-mudahan apa jua aktiviti dirancang akan terlaksana demi merapatkan kembali ukhuwah antara kita,” jelasnya lagi.

 

-SH

Tinggalkan komen anda