Skip to main content
Berita TempatanSabah

?‘Polypipe’ Ceriakan Penduduk Kg.Mararagang

By 13 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh:?Tseu Chung Yee (Sabah)

KENINGAU, 13 Julai (Malaysiaktif) –? Penerimaan bekalan air bersih sememangnya menjadi keperluan dan idaman setiap isi rumah di Kampung Meraragang, Nuntunan selama ini.
Namun faktor lokasi rumah penduduk yang terletak di pinggir banjaran Crocker ini mendapat halangan untuk memperoleh keistimewaan tersebut.

Kemudahan paip yang ada tidak dapat menyalurkan air bersih disebabkan mengalami kerosakan akibat daripada aktiviti penanaman semula getah menyebabkan penduduk kampung bergantung sepenuhnya kepada aliran anak sungai Mararagang.

Menurut Penduduk Presca Poyoyou, 45, kerosakan paip selama beberapa bulan ini menyebabkan aktiviti harian kami terjejas dan penduduk terpaksa mengambil sumber air di Sungai Apin-apin yang jaraknya 1 kilometer dari kampung.

“Saya berharap masalah kami ini dapat dibantu agar aktiviti seharian penduduk kembali berjalan dengan baik,”katanya lagi.

Keluhan ini mendapat perhatian daripada pemimpin pembangunan masyarakat N33 Bingkor, Kennedy Jie John@ Kenn dengan memberikan bantuan dan menyerahkan “Polypipe” kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kampung berkenaan pada Selasa pagi.

Kennedy berharap bantuan ini dapat meringankan bebanan penduduk kampung memperoleh bekalan air bersih dan seterusnya dapat melakukan aktiviti seharian dengan lebih baik.

Pengerusi JKKK, Japrin Tunjan berkata sumbangan bantuan ini memberi sinar harapan kepada penduduk kampung ini sekali gus menyelesaikan masalah penduduk kampung memperoleh sumber bekalan air bersih.

Kennedy turut meninjau kerja-kerja pembaikan graviti di kampung berkenaan yang dilakukan secara bergotong-royong bersama penduduk kampung.

SF

Tinggalkan komen anda