Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Barat Daya Terima Ketua Polis Daerah Baharu

By 11 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Ahmad Faiz Mansur (Balik Pulau)

BALIK PULAU, 11 Julai (Malaysiaaktif) – Ibu pejabat Polis Daerah Barat Daya hari ini menerima Ketua Polis Daerah yang baharu menggantikan Superintendan Lai Fah Hin yang bersara wajib mulai hari ini.

Superintendan Anuar Omar yang sebelum ini merupakan Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Perak akan berkhidmat selaku Ketua Polis Barat Daya yang baharu.

Majlis Serah Tugas yang diadakan di Ibu pejabat Polis Daerah Barat Daya ini turut disaksikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab.

Abdul Ghafar dalam ucapannya berharap pengganti baharu ini akan meneruskan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Superintendan Lai Fah Hin telah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Barat Daya selama 10 bulan.

WhatsApp-Image-20160711 (2)

Pada majlis yang sama, turut diadakan majlis perpisahan Superintendan Lai Fah Hin bagi menghargai jasa beliau setelah 39 tahun berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia.

Turut hadir, Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Haji Mohd Farid Saad.

 
– AH

Tinggalkan komen anda