Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Laungan Ooo-ha! Buka SUKMA ke-18

By 24 Julai 2016Ogos 19th, 2016Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto: Nazri Rapaai (Putrajaya)

KUCHING, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Laungan Ooo-ha! dan Agi Hidup Agi Ngelaban bergema di Stadium Kuching malam tadi dengan kehadiran 50 ribu penyokong sukan tanah air pada hari pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18.

“Selamat datang ke kek lapis, selamat datang ke mi kolok, anda semua ialah kumpulan atlet yang terbaik yang kita ada di Malaysia.

image

Foto: Nazri Rapaai (Putrajaya)

 

Demikian kata, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang hadir mengiringi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Sarawak, Tun Taib Mahmud pada Majlis Perasmian SUKMA XVIII Sarawak 2016.

Tambahnya, SUKMA yang kali kedua diadakan di Sarawak sejak 26 tahun lalu menjadi medan atlet-atlet baharu untuk menunjukkan bakat masing-masing untuk bersaing di peringkat tempatan sebelum menyinar di peringkat antarabangsa seperti atlet terjun Sarawak, Pandalela Renong.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar Sukma bermula sejak 1986, kini setiap negeri bergilir-gilir menjadi tuan rumah pada setiap dua tahun.

“Atlet bawah 21 tahun sentiasa menunggu kejohanan berprestij negara ini sebagai medan untuk menunjukkan bakat. Atlet pelapis negara berpeluang untuk memenangi pingat pertama pada peringkat kebangsaan sebelum
mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Nama-nama hebat seperti Lee Chong Wei, Nicol David, Shalin Zulkifli, Pandelala Renong, Watson Nyambek dan Azri Islandar yang mengharumkan Malaysia semuanya bermula di medan SUKMA.

Khairy turut menyebut SUKMA sebagai permulaan para atlet sebelum bersaing dalam Sukan Sea kemudian ke Sukan Asia ke Sukan Komanwel sebelum mencari emas pertama dalam Sukan Olimpik.

image

Foto: Nazri Rapaai (Putrajaya)

 

“Pada kejohanan ke-18 kali ini Sarawak sekali lagi tampil ke hadapan untuk tampil dengan kepelbagaian etnik dengan semangat kesukanan yang tinggi serta perpaduan yang diutamakan. Inilah yang menggambarkan semangat 1 Malaysia  sebenar.

Pada majlis pembukaan SUKMA semalam, pelbagai acara seperti persembahan etnik Sarawak, perbarisan kontinjen, pesta bunga api, dan gimik larian baton oleh 15 bekas atlet Sarawak seperti Tania Hugo, Watson Nyambek dan Sapok Biki dipersembahkan dengan lampu LED yang berwarna-warni.

SUKMA yang bertemakan “Perpaduan dalam Kepelbagaian” ini berlangsung mulai semalam sehingga 31 Julai dengan melibatkan sebanyak 5794 atlet daripada 15 kontinjen termasuk Brunei yang akan menyertai sebanyak 24 acara sukan yang dipertandingkan.

 

– SF

Tinggalkan komen anda