Skip to main content
Berita SarawakHome

Terengganu Raih Emas Basikal Lebuh Raya Individu, Pasukan

By 25 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Genda Sating / Foto: Saiful Rahman Sabri (Sarawak)

KUCHING, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 63 orang pelumba basikal lelaki dilepaskan secara beramai-ramai dalam Acara Sukan Berbasikal Lebuh Raya SUKMA XVIII Sarawak 2016 bagi merebut pingat untuk kategori individu dan berpasukan akhir untuk jarak 142KM yang diadakan semalamdi Jalan Bandar Baru Samariang/ FAC Kuching.

 

Foto: Saiful Rahman Sabri

Foto: Saiful Rahman Sabri

 

Bagi kategori individu akhir, pingat emas telah dimenangi oleh Che Ku Mohamad Syamil Che Ku Romli dari Terengganu, pingat perak pula telah dimenangi oleh Akmal Hakim Zakaria dari Selangor manakala pingat gangsa telah dimenangi oleh Mohammad Izzat Hilmi Abd Halil dari Johor.

Bagi kategori berpasukan akhir pula, sebanyak sembilan pasukan mengambil bahagian iaitu Terengganu, Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Sarawak, Kedah, dan Pahang serta pasukan jemputan, Negara Brunei Darussalam.

Saiful Rahman Sabri

Saiful Rahman Sabri

Pasukan Terengganu terus menyerlah apabila sekali lagi berjaya memperoleh pingat emas, begitu juga Johor apabila berjaya menambah pingat perak dan Selangor yang berjaya memperoleh pingat gangsa dalam acara ini.

Penyampaian pingat dan maskot kepada para pemenang untuk kategori individu akhir telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Majlis Sukan Negara, Negeri Terengganu, Datuk Wan Hisham Datuk Wan Salleh manakala bagi kategori berpasukan akhir telah disempurnakan oleh Presiden Berbasikal Negeri Johor, Datuk Samat Arifin.

 

-SF

Tinggalkan komen anda