Skip to main content
GlobalHomeViral

Turki: 1,577 dekan universiti dipaksa meletak jawatan

By 20 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan
Foto: Reuters

ISTANBUL 20 Julai – Lembaga Pendidikan Tinggi Turki mengarahkan peletakan jawatan 1,577 dekan di semua universiti di negara itu dalam usaha pembersihan di berpuluh-puluh universiti berikutan cubaan rampasan kuasa tentera pada minggu lalu.

Menurut badan penyiaran negara TRT, arahan itu melibatkan semua universiti awam dan swasta.

Dalam pada itu, agensi berita Anadolu memaklumkan, seramai 399 kakitangan Kementerian Polisi Sosial dan Keluarga telah dipecat daripada jawatan masing-masing.

Beribu-ribu lagi kakitangan kerajaan melibatkan anggota polis, tentera, kementerian kewangan dan beberapa sektor awam telah digantung tugas masing-masing.

http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/turki-1-577-dekan-universiti-dipaksa-meletak-jawatan-1.355643
– REUTERS

Tinggalkan komen anda