Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Melaka Minibike Grand Prix Sasar Penyertaan Seluruh Negara

By 22 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Melaka Minibike Grand Prix anjuran Kelab Minibike Permata Melaka yang bakal diadakan pada 10 dan 11 September ini menyasarkan kira-kira 130 penyertaan dari seluruh negara.

Presidennya, Rasli Iddham Ramli, berkata mereka menyasarkan penyertaan dari seluruh negara terutamanya Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Terengganu termasuk negara luar seperti Singapura dan Indonesia.

“Terdapat beberapa kategori yang akan dipertandingkan untuk mempromosikan sukan minibike ini di mata masyarakat dan menarik golongan kanak-kanak dalam sukan permotoran,” ujar Rasli yang ditemui ketika sidang media di Pasar raya Tesco, semalam.

bersama wakil kementerian pelancongan dan jab belia dan sukan

Rasli (dua dari kiri) bersama wakil Kementerian Pelancongan dan Jabatan Belia dan Sukan Melaka.

 

Pertandingan ini melibatkan tujuh kategori iaitu New Rider QT Bawah 10 tahun, Beginner QT Bawah 10 tahun, Novice QT Bawah 13 tahun, Novice Aircook bawah 13 tahun, Expert Open Machine dan juga Open Master Machine Atas 18 tahun.

Memasuki kali ketiga penganjurannya, pertandingan ini turut mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan Negeri Melaka dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

“Setakat ini, alhamdulillah sambutan yang kami terima amat menggalakkan. Dan diharapkan, penganjuran program ini diharap dapat mengelakkan gejala tidak sihat seperti budaya merempit serta di waktu yang sama menggalakkan anak-anak muda berlumba secara sihat dalam litar,” katanya.

 

 

-DZ

Tinggalkan komen anda