Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

KKBBM Dekati Golongan Kanak-Kanak Istimewa

By 5 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 35 orang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang (KKBBM) beramah mesra dengan golongan kanak-kanak istimewa Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru, semalam.

Menurut Timbalan Pengarah (Akademik) KKBBM, Aryati Ramlan Program 1 Sekretariat Rukun Negara (SRN) 1 Komuniti 1 Kasih Sayang ini merupakan platform terbaik untuk mendekati dan membantu pelajar khas yang memerlukan sokongan dari segi moral dan fizikal untuk menjalani kehidupan seharian.

“Melalui program ini juga para pelajar KKBBM berpeluang mendekati dan memahami serba sedikit gaya hidup dan cara berkomunikasi bersama anak-anak istimewa ini di samping dapat memupuk semangat kerjasama serta menanamkan nilai murni dalam diri,” katanya ketika ditemui semalam.

Seramai 55 orang pelajar khas pelbagai kategori Orang Kurang Upaya (OKU) di sekolah tersebut menyertai pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh pensyarah dan pelajar KKBBM seperti sesi terapi muzik.

Sesi Terapi Muzik - antara aktiviti yang dijalankan oleh pelajar KKBBM bersama pelajar-pelajar khas SMK Bukit Baru.

Sesi Terapi Muzik – antara aktiviti yang dijalankan oleh pelajar KKBBM bersama pelajar-pelajar khas SMK Bukit Baru.

 

“Sesi yang dikendalikan oleh lima orang pelajar KKBBM ini bertujuan mewujudkan keinginan mengekspresikan diri dan melahirkan perasaan dengan lebih bebas di kalangan pelajar,” ujarnya.

Selain itu, acara sukaneka dan aktiviti motor psiko ‘Art Craft’ dan ‘Flower Magnet Fridge’ turut dijalankan bagi meningkatkan perkembangan kemahiran motor halus kanak-kanak ini.

“Ini juga sebahagian daripada usaha demi membantu anak-anak istimewa ini supaya mampu berkomunikasi dan berkeyakinan dalam menjalankan aktiviti harian. Keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri mereka juga dapat dipupuk di samping menunjukkan bakat masing-masing.

“Selain itu, program ini turut memupuk persefahaman dan interaksi yang sihat antara peserta dalam membentuk sikap dan amalan positif dalam diri mereka dengan menunjukkan disiplin yang tinggi,” ujar Aryati.

Sementara itu, Pengetua SMK Bukit Baru, Megat Nasir Megat Hashim berkata keprihatinan dan usaha yang ditunjukkkan oleh pelajar KKBBM untuk mendekati pelajar-pelajar khas ini amat dihargai.

“Saya berharap agar kerjasama antara sekolah dan KKBBM dapat diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda