Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Majlis Muafakat Rukun Tetangga Raikan Lima Bakal Haji

By 9 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Muhaimin Amran (Melaka)

JASIN, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Lima bakal haji dalam kalangan ahli jawatankuasa Rukun Tetangga (RT) Daerah Jasin telah diraikan melalui Majlis Permuafakatan Rukun Tetangga anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Melaka semalam.

Program empat dalam satu ini dijalankan dengan mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2016, juga dimeriahkan dengan Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 1Malaysia serta Program Bicara Patriotik Sehati Sejiwa demi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara yang telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Kluang, Abdul Razak bin Mohamad.

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Haji Ahmad Hamzah berkata, program seumpama ini sangat baik diadakan.

 

4

 

“Program ini berjaya mengumpulkan semua Jawatankuasa Penyelaras RT seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Daerah Jasin dalam konteks perkongsian maklumat serta jalinan kerjasama antara RT keseluruhannya dan merupakan program yang baik meraikan bakal-bakal haji dan hajah dalam kalangan ahli jawatankuasa itu sendiri,” ujar Ahmad.

Menurut seorang jemaah, Jamin Abdullah, 61, dari KRT Felda Air Kangkong, dia berasa sangat gembira kerana diraikan serta bersyukur atas sumbangan yang diperoleh untuk mengerjakan ibadah haji pada 14 Ogos ini.

“Sumbangan yang diberikan seperti wang tunai dan kain pelikat yang diberikan sedikit sebanyak sebagai menghargai sumbangan ahli jawatankuasa RT,” ujarnya.

 

8

 

Menurut Pegawai Perpaduan Daerah Jasin, Norliana Mohd Zin, program ini merupakan suntikan kepada semangat kerja berpasukan di antara RT dan Jabatan Perpaduan Negeri serta idea asal Majlis Permuafakan RT Daerah Jasin.

Dalam pada itu, program ini juga dimeriahkan dengan penyampaian Anugerah RT terbaik yang dimenangi oleh KRT Kampung Chin Chin Hulu diikuti KRT Kampung Masjid Baru daripada keseluruhan KRT di Daerah Jasin.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Melaka, Mansor Mohd Hashim serta Penghulu Dun Rim, Jezlee Pit mewakili Pegawai Daerah Jasin dan Pengerusi Permuafakatan RT Daerah Jasin, Haji Abd Rahman Wahid.

 

 

-DZ

Tinggalkan komen anda