Skip to main content
Berita TempatanSabah

Polis Sabah Rampas Lebih RM5.2 Juta Harta Pengedar Dadah

By 17 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

  Oleh: Zuraidah Ahmad & Saiful Rahman Sabri (Sabah)

 KOTA KINABALU, 17 Ogos (Malaysiaktif) – Polis Kontinjen Sabah berjaya merampas harta benda kepunyaan pengedar dadah yang telah diberkas bernilai lebih RM5.2 juta

Jumlah itu melibatkan kenderaan dengan nilai hampir RM1.2 juta, rumah RM1.7 juta, wang bank RM2.1 juta, wang tunai RM127 ribu, emas RM37 ribu dan lain-lain termasuk barangan elektrik dengan nilai RM8,000.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah, Superintenden Mohd Fadzil A. Rahman, jabatan itu turut merampas 24,398.61 gram syabu, 8,194.77 gram ganja, 1.60 gram heroin, 177.90 gram ketamin, 577 biji ekstasi dan 158 gram erimin dalam operasi yang dijalankan sejak Januari hingga Julai tahun ini.

“Pada tahun ini, JSJN berjaya melaksanakan 473 tangkapan melibatkan 312 kes sekali gus mencatatkan pertambahan tangkapan sebanyak 5.35 peratus  bagi tempoh Januari hingga Julai 2016 berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Daerah Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Penampang ialah penyumbang besar kepada tangkapan dalam kategori ini.

“Tangkapan terbesar bagi kategori bekalan itu ialah rampasan 6.2 kg syabu di Terminal Bas Inanam pada April lalu dengan nilai sitaan mencecah RM3.3 juta dan tangkapan lima pengedar dadah dalam kuantiti besar.

“Manakala tangkapan kedua besar melibatkan tangkapan kes ganja pada Mei lalu di Kota Kinabalu dengan rampasan ganja tiga dan empat kilogram pada hari yang berlainan serta sitaan sebanyak RM128,500 berupa dua buah kenderaan dan sebuah motosikal.

“Dua tangkapan dengan jumlah rampasan syabu yang besar juga direkodkan di Lapangan Terbang Tawau.

“Kes pertama pada pertengahan Jun dengan rampasan 5.1 kilogram dadah jenis syabu dan kes kedua pada Julai lalu dengan rampasan 3.1 kilogram dadah jenis syabu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah, Superintenden Mohd Fadzil A. Rahman pada sidang media yang berlangsung semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah, Superintenden Mohd Fadzil A. Rahman pada sidang media yang berlangsung semalam.

Tambahnya, dalam tempoh sama, 230 kes yang melibatkan 1,524 tangkapan telah direkodkan dan jumlah itu lebih rendah berbanding 2015 iaitu 1,296 kes melibatkan 1,605 tangkapan.

Katanya, penurunan peratusan dalam tangkapan disebabkan tumpuan lebih diberikan kepada kategori bekalan agar lebih ramai pengedar dapat ditumpaskan dan dibawa ke muka pengadilan.

JSJN juga berjaya melaksanakan 10 tangkapan di bawah Seksyen 2(1) Langkah-langkah Pencegahan Khas dan semua tangkapan telah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak di Simpang Renggam, Johor dan Alor Gajah, Perak untuk menjalani tahanan.

SF

Tinggalkan komen anda