Skip to main content
Berita TempatanSabah

Sindiket Edar Dadah Guna Kotak Minuman Tumpas

By 29 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

  Oleh: Zuraidah Ahmad (Sabah)

KOTA KINABALU, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Sindiket pengedaran dadah yang menggunakan modus operandi menyembunyikan dalam kotak minuman sebelum diedarkan, berjaya ditumpaskan Polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu.

Serbuan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD tersebut di kawasan Likas Square pada 3.30 petang Sabtu lalu, membawa kepada penangkapan tiga suspek, dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 27 hingga 36 tahun.

Pemeriksaan yang dijalankan terhadap suspek wanita menjumpai sebuah kotak minuman yang di dalamnya terdapat satu plastik hitam mengandungi enam paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat keseluruhan 304.44 gram termasuk dari dalam beg tangan yang dibawanya.

image

Ketiga-tiga suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditahan reman sehingga 3 September ini.

Selain rampasan dadah bernilai RM39,000, turut dirampas sebuah kereta Toyota Vios, sebuah kereta Perodua Myvi, seutas jam tangan dan dua bentuk cincin emas.

Sementara itu menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra dalam satu kenyataannya di sini, hari ini, hasil kejayaan itu membuktikan polis sentiasa komited memerangi kegiatan pengedaran dadah di negeri ini.

Chandra juga merakamkan ucapan terima kasih kepada masyarakat yang menjadi mata dan telinga dalam menyalurkan maklumat berkaitan dadah yang berlaku di sekeliling mereka.

-SF

Tinggalkan komen anda