Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

[VIDEO] Kibaran Jalur Gemilang Masih Hambar di Kota Bharu

By 25 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Khairunnisa Ismail (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 25 Ogos (Malaysiaktif) – Isu bendera usang, lusuh atau langsung tidak dikibarkan yang pernah dilaporkan oleh Malaysiaaktif di beberapa negeri menjelang sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 turut ketara di sekitar ibu negeri Kelantan ini.

Dengan hanya beberapa hari sebelum menjelang hari penting dalam kalendar negara itu, tinjauan di Kota Bharu mendapati beberapa jalan utama di sini masih tidak meriah dengan kibaran Jalur Gemilang.

kibaran1

 

Sepanjang jalan, termasuk Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Jalan Yahya Petra dan Jalan Padang Garong langsung tiada kelihatan kelibat bendera rasmi negara.

Penuntut universiti, Norfatin Syazwani Shafie, 24, berpendapat sesetengah warganegara ini terlalu berkira untuk membeli Jalur Gemilang, walaupun harganya murah.

 

“Sikap menunggu pemberian Jalur Gemilang secara percuma bagi memeriahkan sambutan hari kemerdekaan harus dikikis oleh semua warganegara yang bertanggungjawab,” kata penuntut tahun akhir Jurusan Sosiologi dan Anthropologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang ditemui.

Manakala menurut pekerja swasta, Azman Ahmad, 44, pihak berwajib perlu memainkan peranan penting bagi menzahirkan kecintaan ini terhadap negara.

“Pihak berkenaan perlu ke hadapan kerana ini adalah tangunggjawab mereka untuk mendatangkan rasa semangat kalangan masyarakat,” jelasnya.

Sementara itu, Penolong Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kota Bharu, Dr. Norazida Mohamed berkata, sepatutnya rakyat lebih bersemangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda syukur dan kecintaan kepada negara.

7f36ac77-f495-4397-aec1-fc69736511ba

Jalur pergelangan tangan yang dipakai oleh Dr. Norazida Mohamed di London.

 

Menurut Norazida yang berada di London, suasananya berbeza bagi rakyat Malaysia di ibu negara British itu. Mereka kelihatan bersungguh-sungguh menterjemahkan kecintaan kepada Malaysia dengan memperagakan aksesori melambangkan Malaysia, seperti jalur pergelangan tangan yang menjadi trend kali ini.

Norazida dihubungi melalui aplikasi WhatsApp semalam.

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda