Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangorViral

Lagi RM200,000 Untuk Pemenang Pingat Olimpik Rio 2016

By 25 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh : Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya)

SEPANG , 25 OGOS 2016 (Malaysiaaktif)  – Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak mengumumkan kesemua pemenang pingat di Sukan Olimpik Rio 2016 akan menerima tambahan imbuhan sebanyak RM200,000.

Najib mengumumkan demikian ketika menyambut kepulangan atlet negara daripada temasya Sukan Olimpik 2016 yang melabuhkan tirainya Ahad lalu.

Ketibaan wira dan wirawati negara dari temasya Sukan Olimpik di Rio ini, disambut dengan sorakkan padu beserta rangkaian lagu-lagu patriotik dinyanyikan oleh para peminat di perkarangan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.

Suasana cukup meriah dengan sorakkan “Malaysia Boleh” dilaungkan oleh kira-kira 1000 orang peminat yang menyambut ketibaan atlet negara sejak awal pagi lagi.

Seorang peminat dari Klang, Selangor, Saliah Shahban Budin, beliau amat menyanjungi pengorbanan serta perjuangan yang telah dilakukan oleh semua atlet-atlet negara yang berjuang kali ini

“Bagi saya ini adalah yang terbaik daripada atlet-atlet kita. Saya salute kepada mereka semua,” ujarnya kepada Malaysiaaktif.

Terdapat juga kelab penyokong yang bukan sahaja menunjukkan sokongan di dalam negara, malah turut ‘berjuang’ bersama-sama atlet negara di lapangan. Antara kelab penyokong yang turut berada sepanjang kejohanan berlangsung di Rio adalah Kelab Penyokong Sukan Malaysia Famemas (Famemas).

Menurut Joan Teng, sukarelawan Famemas, kelab yang ditubuhkan sejak 2003, bertujuan memberi sokongan kepada atlet negara di pelbagai arena sukan, di dalam mahupun di luar negara.

“Saya rasa bangga dapat menyokong semua atlet negara kita di dalam dan luar tanah air,” ujarnya yang turut bersama kontijen negara di Rio sepanjang minggu lalu.

Seramai 32 Atlet negara  telah  berjaya ke peringkat akhir Olimpik Rio, Brazil dan Malaysia berjaya meraih lima pingat menerusi sukan badminton, terjun dan basikal.

 

-SH
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda