Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Warga Emas Antara 31 Dicekup AADK Melaka Tengah

By 11 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Fauzrina Hj Bulka
MELAKA, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – 31 penagih berjaya dicekup termasuk seorang warga emas berusia 61 tahun oleh penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Melaka Tengah dalam serbuan di bawah jambatan Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) Krubong, tadi.

Pengarah AADK Negeri Melaka, Mohamad Yusof Kameh berkata, warga emas terbabit ditahan dalam serbuan kira-kira 8.00 pagi di ‘port’ baru selepas sarang lama di bekas tapak pelupusan sampah Krubong diserbu penguat kuasa sebelum ini.


Tambahnya, lelaki berpangkat datuk itu sanggup menunggang motosikal sejauh 20 kilometer untuk melepaskan gian menghisap dadah yang diambilnya sejak 41 tahun lalu.

“Pihak kami telah membuat risikan lebih sebulan dan kawasan ini menjadi antara lokasi sasaran bagi meneruskan usaha pembersihan di bawah program ‘My Beautiful Malaysia’,” katanya kepada pemberita selepas serbuan dibuat.

Kesemua lelaki berusia antara 19 hingga 61 tahun tersebut ditahan berhampiran ‘port’ lama dengan jarak hanya kira-kira dua kilometer dari Kampung Krubong Tengah.
-DZ

Tinggalkan komen anda