Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

32 Tukang Jahit Catat ‘Guiness World Record’

By 19 September 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Muniyamma a/p Marapen & Volintine Jiloh (Sabah)

 KOTA KINABALU, 19 September (Malaysiaktif) – Seramai 32 ahli Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK) Malaysia di Sabah mendapat pengiktirafan dunia diraikan pada Majlis Penyampaian Sijil ‘Guinness World Record’ dan ‘Program Restyle and Business Matching’, pada Ahad.

Peserta, Datin Chau Chi @ Sliewsen, 32, dari Penampang berasa bangga kerana berjaya menyertai program tersebut.

“Lebih manis dan seronok apabila melihat nama tercatat dalam lipatan sejarah dunia walaupun terdapat banyak cabaran yang perlu dilalui bagi mencapai sasaranya.

“Ini adalah rekod kali kedua persatuan yang merekodkan nama saya dalam ‘Guinness World Record’ setelah berjaya menghasilkan beg tangan terbesar tahun lalu.

“Kami kini sedang menyiapkan satu lagi jahitan berbentuk bunga empat musim yang bermula sejak Ogos lalu untuk dipersembahkan di Putrajaya bulan Disember ini,” jelasnya.

Peserta senior, Nooriah Gusmit, 69, dari Lahad Datu berterima kasih kepada Pusat Kraftangan Epal kerana memberi peluang dan kepercayaan untuk mencapai kejayaan buat kali kedua.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau memberi tahu media bahawa pencapaian ini menjadi kebangaan rakyat Sabah apabila 32 daripada jumlah 606 peserta seluruh Malaysia berjaya menyiapkan jahitan secara serentak di Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, pada April lalu.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada majlis tersebut  di Mini Teater Tun Hamdan, Yayasan Sabah.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda