Skip to main content
Home

15 Keluarga Di Pantai Remis Alami Banjir

By 20 September 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

IPOH, 20 Sept — Seramai 76 orang daripada 15 keluarga di Kampung Bagan Panchor, Pantai Remis dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setakat pukul 6 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamata Perak memaklumkan semua keluarga itu dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Panchor selepas paras air di kawasan mereka mencecah 1.2 meter.

“Daripada jumlah yang dipindahkan, 39 adalah lelaki dan 37 wanita,” katanya dalam satu kenyataan.

Hujan renyai-renyai kini dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan.

Sementara itu Setiausaha Pengurusan Bencana Daerah Bagan Datoh, Mohd Zaidi Ahmad berkata jumlah rumah yang terjejas akibat banjir di Teluk Intan setakat ini kekal empat buah.

Beliau berkata rumah-rumah di Kampung Teluk Selendang itu terletak berdekatan Sungai Perak.

Dua keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Tapak Semenang sejak semalam sementara dua keluarga lagi memilih untuk tinggal di kediaman masing-masing, katanya.

 

– Bernama/ Foto Berita Harian/Media Sosial

Tinggalkan komen anda