Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

‘KL Converge’ Satukan Pakar Dan Industri Di Bawah Satu Bumbung

By 23 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh : Shahfuri Saidan dan Elyas Hisyam (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Malaysiaaktif) – “Penubuhan Kuala Lumpur (KL) Converge pada 2014 telah menyatukan industri multimedia, pakar, kakitangan kerajaan dan industri tempatan di bawah satu bumbung dalam pembangunan ‘smart digital’”.

Demikian menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak ketika berucap dalam Majlis Pelancaran KL Converge 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.

Acara anjuran KKMM bertemakan ‘Touch The Future’ berlangsung selama tiga hari bermula 22 hingga 24 September 2016 memberi fokus kepada beberapa program kandungan kreatif.

Menurut beliau lagi acara ini bertujuan mendedahkan masyarakat tentang peranan komunikasi digital dalam era masa kini.

“KKMM sedang dalam memperkasakan dan mempratktikkan ‘Pelan Tindakan Komunikasi dan Multimedia’ meliputi empat strategi iaitu sebagai penghubung sesama manusia, mencipta individu berinformasi, bergerak ke arah digital ekonomi serta perindustrian yang kreatif agar tiada yang ketinggalan”, ujar beliau.

Kerajaan Malaysia mensasarkan 20 peratus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2020 serta Digital Ekonomi akan menjadi fokus pada tahun 2017 seperti yang diumumkan Perdana Menteri.

Tambah beliau, “Masyarakat perlu melihat pembangunan teknologi ini sebagai potensi untuk mencipta peluang baru dan perlu mengambil peluang untuk merasai, mencuba serta mempelajari tentang perkembangan dunia teknologi maklumat pada masa kini.”

Pihak penganjur berharap program ini dapat memberikan pengalaman yang berharga kepada semua pengunjung dan sama-sama mendapat manfaat.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Kamil Othman, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Fauzi Ayob, delegasi dan media tempatan serta antarabangsa.

-DK

Tinggalkan komen anda