Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

‘M101 SkyWheel’ Bakal Menjadi Roda Ferris Tertinggi di Asia Tenggara

By 9 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh : Herman Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Sept 2016 (Malaysiaaktif) – Sebuah projek pembangunan dua menara serba canggih, M101 SkyWheel bakal dibina di Kampung Bharu yang akan menempatkan roda Ferris tertinggi di Asia Tenggara.

“M101 SkyWheel adalah sebuah ikon sebenar menjadikannya satu karya kejuruteraan, dengan pembangunan komersial dan runcit yang diintegrasikan menjadi pembangunan semua-dalam-satu yang akan memulakan era baru bagi sebuah tempat yang bernama Kampung Bharu”.

Demikian menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Perdagangan Bercampur ‘M101 SkyWheel’ di Lot 1713 Jalan Raja Muda Abdul Aziz Kampung Bharu, di sini, semalam.

whatsapp-image-2016-09-09-at-10-17a

“Dengan saiznya yang besar dan reka bentuk yang unik, M101 SkyWheel mengembalikan kegemilangan dalam arena hartanah dan bangunan ikonik tentunya akan menaikkan taraf pembangunan komersial dan runcit di Lembah Klang,” kata beliau.

Di samping M101 SkyWheel, Kampung Bharu juga akan dilengkapi lebuhraya baharu dan stesen Mass Rapid Transit (MRT) (Stesen Utara Kampung Bharu) yang menjadikannya Pusat Bandar kedua di Kuala Lumpur.

Menurut  Pengasas M101 Entity Sdn. Bhd., Datuk Seth Yap Ting Hau, “Projek M1O1 Skywheel akan melibatkan pembinaan roda Ferris yang direka bentuk oleh Studio F.A. Porsche di tingkat 52 yang juga merupakan kedudukan paling tingggi bagi melihat  pemandangan dari ketinggian 220m, adalah bangunan pencakar langit unggul yang akan meletakkan Malaysia sebagai lokasi tumpuan dalam pasaran hartanah dan pembangunan selepas Petronas Twin Towers KLCC.”

whatsapp-image-2016-09-09-at-10-17b

“M101 SkyWheel juga akan menonjolkan pengalaman membeli-belah tertinggi di dunia dengan SkyMall yang akan dibina di tingkat 48 hingga tingkat 52 dengan ruang niaga seluas lebih 200,000 kaki persegi yang akan menawarkan pelbagai produk dan pengalaman membeli-belah bertaraf dunia kepada penduduk setempat dan pelancong”, tambah beliau.

“M101 SkyWheel turut menempatkan Planet Hollywood Hotel yang terkenal, ruang niaga yang hebat dan Culinary Heaven dengan kemudahan gaya hidup serta seni bina oleh pemenang anugerah Veritas Architects Design Group”.

Beliau menyatakan lebih daripada 1,000 bakal pembeli telah mendaftar dan menunjukkan minat terhadap M101 SkyWheel sejak prebiu projek ini awal tahun ini.

M101 SkyWheel adalah projek ulung di bawah jenama M101, yang merupakan projek ketiga terbesar dengan nilai pelaburan kasar sebanyak RM1.4 billion.

-DK

Tinggalkan komen anda