Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

MIC Tetap Bertanding 9 kerusi Parlimen dan 19 DUN

By 21 September 2016Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Ramasamy Amas (Jempol)

Seremban, 21 Sept (Malaysiaaktif ) – Kongres India Malaysia (MIC) akan tetap bertanding sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukan kepada parti itu dalam Pilihanraya Umum (PRU) Ke-4 nanti.

Demikian ditegaskan oleh Presiden MIC Datuk Seri Dr.S.Subramaniam ketika merasmikan Konvensyen Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan yang ke-70 di Wisma MIC Negeri Sembilan petang semalam.

Sehubungan itu, beliau menyeru para pemimpin MIC Negeri Sembilan supaya bersatu dan bekerja keras untuk memenangi kembali kerusi Parlimen Teluk Kemang dan DUN Port Dickson yang kini ditukarkan kepada Parlimen Port Dickson dan DUN Seri Bayu.

img-20160921-wa0005

Seramai 450 perwakilan MIC Negeri Sembilan hadir.

 

Tambah beliau, MIC masih membuka pintu kepada ahli MIC yang keluar sebelum ini agar kembali menyertai parti tersebut dan sama-sama memperkukuhkannya bagi meningkatkan keyakinan masyarakat India.

Subramaniam seterusnya mengajak semua Pengerusi MIC Cawangan, mahupun Bahagian menggerakkan jentera masing-masing dan mengenalpasti belia yang telah mencapai umur 21 tahun ke atas supaya berdaftar sebagai pemilih.

Menurut beliau, setiap tahun hampir 20,000 graduan India menamatkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Daripada jumlah ini hanya sebilangan kecil berdaftar sebagai pemilih.

Menyentuh isu hangat yang dibahaskan sejak kebelakangan ini, Subramanian melahirkan rasa kurang puas hati berhubung persempadanan pilihan raya yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melibatkan DUN dan Parlimen MIC. Beliau berkata MIC akan buat bantahan terhadap tindakan itu.

Sementara itu, Ketua Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan Datuk Manickam Letchuman mengucap terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohammad Hasan yang sentiasa prihatin terhadap masyarakat India di negeri ini.

Beliau juga memberi penghargaan kepada Mohamad yang telah meluluskan tapak tanah seluas satu ekar untuk kuil di Taman Tengku Najihah, kuil Seremban 2, tiga suku ekar untuk tapak tanah kuil Taman Mahsan dan Taman Seri Rompin.

Selain itu, beliau juga meluluskan tapak tanah seluas lima ekar untuk pembinaan bangunan baharu SRJK (T) Ladang Bahau dan SRJKT Kuala Pilah serta meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000.00 untuk pengurusan badan perhubungan MIC Negeri Sembilan.

Dalam konvensyen kali ini seramai 450 perwakilan MIC Negeri Sembilan hadir.

Sebanyak lapan usul dibentang dan dibahaskan, antaranya memohon mengembalikan jawatan senator secara bergilir kepada MIC Negeri Sembilan dan memohon kepada kerajaan negeri supaya membuka lebih banyak peluang pekerjaaan dalam kerajaan, badan berkanun dan kerajaan tempatan kepada masyarakat India.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda