Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

[VIDEO] ‘Hiking Merdeka’- Empat Sekawan Selami Hari Malaysia

By 21 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Nur Effa Maruf 

KOTA KINABALU, 21 September (Malaysiaktif) – Setiap individu dan masyarakat tentunya mempunyai cara tersendiri menyambut Hari Malaysia pada setiap 16 September sebagai memperingati penubuhan sebuah negara berdaulat dan dicintai.

Begitu juga dengan semangat empat sekawan yang bertugas sebagai Polis Bantuan di Pejabat Petronas Wilayah Sabah dan Labuan (SLRO) di sini meraikan hari bersejarah itu dengan berjalan kaki selama 39 jam bermula seawal pukul 3.00 pagi pada 6 September dan tiba di lokasi sekitar pukul 6.30 petang pada 7 September 2016.

1

Erwin dan rakan ketika sedang berjalan sepanjang laluan Bermula dari Balai Polis Keningau menuju ke Bulatan Siga, Penampang sejauh 130 KM.

 

Memperkenalkan diri sebagai Alfa Hikers, mereka yang terdiri daripada Ketua Kumpulan, Erwin Tiwon, 37, David Sakai 37, Roymie Ading, 28, dan Sabree Wen, 23, nekad melakukan kembara berjalan kaki sejauh 130 kilometer bermula dari Balai Polis Keningau dan berakhir di Bulatan Siga, Penampang pada 7 September lalu.

Menurut Erwin, idea kembara ini tercetus dalam dirinya dan kemudian dikongsi bersama rakan sekumpulan, David Sakai.

3

Kumpulan Alfa Hikers, berhenti rehat seketika di beberapa lokasi terpilih.

 

4

“Keinginan untuk merasai pengalaman penat lelah pejuang-pejuang tanah air yang dahulunya berjalan merentas laluan tanpa kenderaan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain membuatkan hati untuk mengalaminya sendiri”, katanya ketika ditemui media pada Isnin.

Erwin menjelaskan ini kali kedua ia dilakukan. Usaha pertama hanya melibatkan dia dan David dengan berjalan sejauh 70 kilometer, bermula dari Penampang hingga ke Tambunan.

“Pengalaman terdahulu kami jadikan panduan, lalu mengajak rakan-rakan lain untuk turut serta, namun, hanya Roymie dan Sabree yang melepasi ujian fizikal.

 

Walaupun laluan yang digunakan adalah jalan utama kenderaan dan bukannya merentas hutan rimba, namun ia masih mencabar.

“Kami berjalan tanpa henti selama 39 jam dan halangan utama apabila berhadapan dengan cuaca sejuk dan hujan semasa melalui Banjaran Crocker di Kimanis,

“Kami tidak menginap di mana-mana,sebaliknya hanya berehat sebentar di beberapa tempat untuk mengumpul kembali tenaga.

“Kami juga tidak mempunyai kelengkapan perubatan yang mencukupi, namun ia tidak mematahkan semangat untuk menamatkan misi.

“Walaupun ada daripada kami yang tercedera, termasuk saya sendiri di bahagian lutut, masing-masing saling memberi sokongan untuk tidak putus asa sehingga sampai ke destinasi yang dituju.

“Kami berharap anak-anak muda juga mempunyai minat seperti kami, kerana aktiviti ini dapat mengeratkan semangat setiakawan semasa kita,” jelas Erwin lagi.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda