Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantanPutrajayaViral

Penstrukturan Semula Air Kelantan – KETTHA

By 14 September 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 14 Sept (Malaysiaktif) – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) memuktamadkan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan hari ini dengan termeterainya Perjanjian Utama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Kelantan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Turut termeterai Perjanjian Kemudahan dan Perjanjian Pajakan antara PAAB dan AKSB.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, melalui penstrukturan ini, pengurusan bekalan dan industri air diletakkan sepenuhnya di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Kelantan.

Kerajaan Persekutuan pula akan bertindak sebagai pengawal (regulator) seperti mana diperuntukkan di bawah Akta Air Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Menerusi perjanjian ini, PAAB akan mengambil alih pinjaman-pinjaman Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan bekalan air serta memberi pembiayaan modal kepada AKSB bagi menaiktaraf serta memperbaharui asset-aset berkaitan bekalan air sedia ada dan membina infrastruktur air baharu.

Pembiayaan ini jauh lebih rendah berbanding pembiayaan oleh bank komersial dan ia melibatkan tempoh pembayaran sewa pajakan lebih panjang sehingga 45 tahun.

Dengan kerjasama ini, penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air ini dapat dijayakan sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat di negeri Kelantan.

Perjanjian ditandatangani oleh Ketua setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kelantan, Datuk Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah AKSB, Datuk Hj. Hanifa Ahmad dan Ketua Pegawai Korporat PAAB, Abdul Hadi Ali.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda